Apple iPhone 15 Dijangka Diperkenalkan Pada 13 September

Apple sering memperkenalkan iPhone generasi baharu sekitar bulan September. Untuk tahun ini, mengikut laporan awal 9to5Mac, Apple dijangka akan memperkenalkan ia pada 13 September 2023.

Apple dijangka memperkenalkan iPhone 15, iPhone 15 Plus, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max pada acara bulan September tersebut. Disamping itu, Apple turut dijangka menyertakan sokongan pengecasan berasaskan USB-C pada iPhone generasi baharu ini, serta semua dilengkapkan dengan Dynamic Island.

Pihak Apple masih tidak mengumumkan sebarang tarikh pelancaran buat masa ini. Sekiranya tepat pengenalan pada 13 September 2023 ini, maka kita mungkin melihat ia dijual seminggu selepasnya untuk beberapa pasaran.

Jikalau mengikut tahun lepas, iPhone 14 ditawarkan di Malaysia hanya dua minggu selepas pengumumannya. Apple mengambil pra-tempahan selepas seminggu pengumuman, dan seterusnya mula menawarkan ia kepada pengguna umum pada minggu seterusnya. Mungkinkah kita akan melihat penawaran lebih kurang sama atau lebih pantas pada tahun ini untuk pasaran Malaysia?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*