Cara Senang Dapat Kerja

Zaman sekarang adalah merupakan zaman yang sangat mencabar bagi mendapatkan pekerjaan. Bagi para graduan fresh mahupun yang ada pengalaman tidak terkecuali dengan cabaran ini. Walaupun anda sudah berkali-kali hantar resume anda ke pelbagai syarikat, namun dalam keadaan persaingan yang tinggi. Maka,teramat sukar untuk dipanggil ke temuduga. Jangan risau, berikut adalah tips dan cara senang dapat kerja dari Durian Petai.

1. Kemaskan resume anda
Resume adalah kunci utama bagi untuk anda untuk dipanggil ke interview. Sekiranya anda aktif terlibat dalam kegiatan sosial komuniti atau training, masukkan di dalam resume anda supaya menjadikan point kuat untuk anda mudah dipanggil ke interview. Hias resume anda dengan pelbagai aktiviti yang berikatan dengan kerjaya yang dipohon sahaja. Sebagai contoh, anda memilih untuk mengambil kerjaya pereka grafik. Sila pastikan resume anda dipenuhi dengan aktiviti ataupun training yang anda terlibat seperti pertandingan grafik design peringkat negeri atau pun training photoshop atau ilustrator. Ini akan memudahkan anda untuk dipanggil ke interview. Anda boleh gunakan platform resume.io untuk memudahkan anda kemas kini resume. Dan yang paling penting sekali, sila pastikan anda masukkan nombor telefon serta emel anda bagi memudahkan majikan untuk hubungi anda. Ramai calon terlupa letakkan nombor dan emel mereka di resume.

2. Bina Portfolio Supaya Senang Dapat Kerja
Masukkan portfolio anda kedalam resume. Portfolio ini adalah bukti yang mengesahkan bahawa anda berpengalaman dalam sesuatu bidang. Salah satu platform untuk anda masukkan portfolio adalah menggunakan Behance. Sekiranya bidang anda sukar untuk masukkan portfolio, anda boleh masukkan senarai projek yang anda pernah terlibat semasa bekerja atau belajar. Jangan lupa dan sertakan nombor telefon lecturer atau majikan sebagai bukti rujukan. Bagaimana pula kalau tak ada portfolio? Tak perlu risau, anda boleh boleh buat kerja freelance dahulu atau sekurang-kurangnya jadi volunteer pada untuk berberapa event.

3. Minta Tolong Rakan
Jangan salah faham. Ini bukanlah ‘cable’ menggunakan orang dalam seperti yang disebutkan oleh ramai orang. Kebiasaan yang berlaku adalah kebanyakan syarikat terlalu sibuk. Oleh itu, mereka tidak sempat untuk kemas kini jawatan kosong di website mereka. Jadi, cara paling mudah adalah bertanyakan kepada rakan anda. Hal ini kerana rakan anda lebih arif tentang operasi syarikat. Samada syarikat tersebut memerlukan kakitangan ataupun tidak. Jadi, merekaberitahu supervisor atau pekerja dalaman. Ini juga akan memudahkan mereka sebab lebih senang berurusan dengan staff dalaman berbanding orang luar.

4. Gunakan Job Portal yang Sahih
Antara cara senang dapat kerja adalah dengan melalui job portal. Terdapat banyak job portal di luar sana tapi tak semuanya sahih. Sila berhati-hati kerana ada sesetengah job portal yang mengambil kesempatan. Apa yang mereka buat adalah mereka menjual data pemohon pekerja ! Sila pastikan anda menggunakan job portal yang sahih. Antara job portal yang sahih adalah seperti jobstreet.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*