Isteri selamat bersalin, Remy Ishak dah jadi bapa

PETALING JAYA – Pelakon Remy Ishak dan isterinya, Ezza Yusof selamat menimang cahaya mata pertama di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur yang dilahirkan pada pukul 11.17 pagi tadi.

Berita gembira tersebut dikongsikan bintang filem Ombak Rindu itu menerusi Instagram yang juga sebagai tanda kesyukuran atas doa orang ramai.

“Alhamdulillah, isteri saya Ezza Yusof selamat melahirkan bayi yang sangat comel pada pukul 11.17 pagi bertarikh 27 Julai 2023 di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

“Keadaan isteri dan anak saya berada dalam keadaan sihat dan baik. Terima kasih atas kiriman doa dan ucapan tahniah,” katanya.

Begitupun, aktor berusia 41 tahun itu tidak mendedahkan jantina bayi mereka, sebaliknya sekadar menyatakan ibu dan si kecil dalam keadaan sihat.

Sebelum ini pasangan tersebut mendedahkan bakal menimang cahaya mata ketika kandungan isterinya memasuki lima bulan.

Remy atau Mohammad Zalimei Ishak dan Ezza melangsungkan perkahwinan pada 21 Ogos 2021 selepas lapan tahun menjalin cinta.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*