“Mohon Doakan Kesembuhan,” Serina Menangis Sepuasnya Sedih Papa Ada Kanser Limfoma

Semalam merupakan detik yang cukup hiba buat Serina Redzuawan apabila dimaklumkan ayahnya, Chef Selebriti Dato Redzuawan Ismail,64 atau lebih dikenali Chef Wan menghidap Kanser Limfoma peringkat awal.

Serina Menangis Sepuasnya
Berkongsi luahan dan kesedihannya, ibu kepada dua orang anak ini berkata hatinya ibarat kaca jatuh berkecai ke lantai dan menangis sepuasnya apabila diberitahu perkara tersebut.

ASSALAMUALAIKUM SEMUA, SEMALAM HATI SERINA IBARAT KACA JATUH BERKECAI KE LANTAI BILA DENGAR BERITA, PAPA HANTAR TEXT BAGI TAU DIA ADA KANSER LYMPHOMA, MEMANG SEDIH..I TAK TAK DAPAT TAHAN AIR MATA, I MENANGIS SEPUASNYA..

Terima Ujian Dengan Tenang
Serina juga berkata semuanya adalah ujian dan ketentuan tuhan kepada ayahnya. Malah dia juga bersyukur dan berbangga ayahnya menerima ujian sakit tersebut dengan redha dan tenang.

I KNOW INI UJIAN ALLAH SWT NAK BERI PADA PAPA & KAMI SEKELUARGA, ALLAH MAHA BAIK PILIH PAPA @_CHEFWAN58 , SEBAB PAPA INSAN YANG BERHATI MULIA SELALU TOLONG ORANG, SELALU MENCERIAKAN HIDUP ORANG LAIN, SENTIASA BANTU AHLI KELUARGA ADIK BERADIK.

SYUKUR ALHAMDULILLAH PAPA REDHA, DIA TENANG TERIMA KETENTUAN INI, I’ M PROUD OF U PAPA! INSHA ALLAH SAKIT TANDA ALLAH KASIH, MENCUCI DOSA DAN MENAIKKAN DARJAT KITA SEBAGAI MANUSIA.

Mohon Kesembuhan Buat Papa
Serina juga memohon supaya ramai pihak turut mendoakan kesembuhan buat ayahnya agar kembali sihat.

MUDAH MUDAH SAHABAT SEMUA YG BACA NUKILAN SERINA NI..TOLONG DOAKAN KESEMBUHAN BUAT PAPA YA. INGAT PAPA..KAMI SEMUA ADA, RINA, AIDID @CHEFRIZ @L_NUREL , ADIK BERADIK PAPA, SAHABAT & PEMINAT PAPA SEMUA SAYANGKAN PAPA , KAMI AKAN DOAKAN PAPA KEMBALI SIHAT, STAY STRONG.”

YA ALLAH YA SYAFI BERIKAN LAH KESEMBUHAN BUAT PAPA KU.REDZUAWAN BIN ISMAIL BERINYA HATI YANG KUAT DAN TABAH REDHA DENGAN SEGALANYA, ANGKAT LAH KESAKITANNYA,TINGKATKAN IMANNYA , DEKAT KAN SELALU PAPA DENGAN MU YA RAHMAN YA RAHIM..AMINNNN”

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*