Pemandu arah tinggalkan 6 pendaki wanita

Taipei: Gara-gara meninggalkan sekumpulan pendaki gunung, seorang pemandu arah di Taiwan, baru-baru ini, didenda AS$130 (kira-kira RM600).

Dalam insiden itu, enam wanita mengupah seorang lelaki yang menjadi pemandu arah untuk menyertai mereka dalam pendakian Gunung Yu Shan, gunung tertinggi di negara itu, pada April lalu.

Tetapi pada hari terakhir, mereka ditinggalkan lelaki itu semasa turun dari gunung berkenaan.

The Straits Times melaporkan pemandu arah itu yang dikenal pasti sebagai Chen dalam laporan media tempatan bukan sahaja didenda AS$130 (kira-kira RM600), malah lesennya untuk mendaki gunung, turut digantung selama tiga tahun.

Pihak berkuasa melarang Chen berkhidmat sebagai pemandu arah untuk pendaki di tiga taman negara Taiwan iaitu Yu Shan, Taroko dan Shei-Pa.

Menurut Taipei Times, setiap wanita ditinggalkan itu membayar kepada lelaki itu 15,000 dolar Taiwan baharu (kira-kira RM2,248) kepada Chen, yang antara lain untuk mengupah untuk membantu membawa peralatan dan mengatur penginapan serta penyediaan makanan ketika pendakian di gunung setinggi 3,952 meter itu.

Tidak jelas sama ada terdapat pembantu menyertai kumpulan itu atau warganegara pendaki wanita terbabit.

Semasa pendakian, terdapat kelewatan kerana beberapa wanita adalah pendaki yang tidak berpengalaman, yang membawa kepada isu keselamatan, lapor Taipei Times, memetik pegawai Pejabat Pengurusan Taman Negara Yu Shan.

Seorang daripada enam wanita itu dikenali sebagai Tien yang memfailkan aduan, berkata, masalah sudah timbul sejak pada hari pertama.

Kumpulan pendaki wanita itu terpaksa menuruni gunung itu sendiri menggunakan lampu suluh pada telefon pintar apabila hari gelap, selepas Chen meninggalkan mereka.

– Admin PH –

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*