Pesawat terhempas di Elmina, 2 dikhuatiri maut

Pesawat ringan terhempas, juruterbang, penumpang dan penunggang motosikal maut

Shah Alam: Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah pesawat ringan yang dipercayai terhempas di laluan masuk ke kawasan kediaman Elmina berhampiran Lebuhraya Guthrie, di sini, tadi.

Juruterbang dan penumpangnya turut dipercayai maut dalam kejadian itu.

Difahamkan model pesawat itu dipercayai Fouga CM-170 Magister dan kejadian berlaku tidak jauh daripada landasan Lapangan Terbang Subang.

Video dan gambar pesawat yang terbakar sudah tersebar di media sosial sejak 3.10 petang tadi.

Difahamkan sidang media mengenai tragedi ini akan dijalankan pada jam 4 petang ini.

Berita lanjut menyusul

Disiarkan pada: Ogos 17, 2023 @ 3:46pm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*