“Surah AR-RAHMAN Buka Hati Saya Untuk Berhijrah,” Betty Rahmad Mohon Doakan Istiqomah

Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Setiap bait kalam suci yang diturunkan mempunyai keajaiban tersendiri yang mampu melembutkan hati untuk berubah ke arah lebih baik.

Ternyata dengan izin Allah, Surah Ar-Rahman membantu pemilik nama sebenar Norsha Rahmad Ali atau lebih dikenali dengan Betty Rahmad, 42 untuk berhijrah ke arah lebih baik.

Baru-baru ini adik kepada aktres terkenal Erma Fatima dan Datin Paduka Umie Aida ini telah menganjurkan majlis ilmu di rumahnya dan turut menjemput rakan-rakan terdekat.

Menariknya Betty ada sebab tersendiri memilih untuk mendalami dan memahami maksud Surah Ar Rahman ini yang juga merupakan surah kegemarannya pada majlis ilmu tersebut.

Surah ini mempunyai tempat istimewa di hati ibu kepada Ardy Wira, 4 ini kerana menurutnya ia membantu dirinya membuka hati untuk berhijrah sekaligus menutup aurat serta menjadi muslimah yang lebih baik. Malah baginya Surah Ar Rahman ini sangat ‘menakjubkan’ dan tak dapat diluahkan dengan kata-kata.

Bayt Ar Rahman (Rumah dipenuhi Kasih Sayang)
MashaAllah Tabarakallah Alhamdulillah
Segala puji bagi Allah swt yang mengizinkan kami semua berkumpul & belajar dalam majlis ilmu ini.

SAYA PILIH TADABBUR MY FAV SURAH AR-RAHMAN SEBAB SURAH NI YANG BANTU DAN BUKA HATI I UNTUK BERHIJRAH. DENGAN IZIN ALLAH DARI BACA MERANGKAK-RANGKAK, I BELAJAR BALIK FROM IQRA. AND TODAY IM SO HAPPY DAPAT TADABBUR DAN BELAJAR DENGAN KAWAN KAWAN MAKSUD SURAH NI. BELAJAR DAN RASA KASIH SAYANG ALLAH SWT.

THIS SURAH IS REALLY POWERFUL.I CAN’T PUT THIS FEELINGS INTO WORDS. SUBHANALLAH.

Faham Tujuan Kehidupan
Bila belajar taddabur baru faham the purpose of this life. Baru faham kenapa kita tak boleh tinggal Al-Quran walau sehari. Kenapa kena buat itu , kenapa ini. Semua ada dalam Al-Quran. Baru faham & rasa kasih sayang dan pengorbanan Nabi Muhammad SAW. Betapa jahilnya saya.

Belajar Jadi Lebih Baik
This posting bukan nak tunjuk saya baik. Saya cuba belajar nak jadi better version of myself sementara Allah tutup aib saya. Ive been sharing so many useless contents all this while. Semoga sharing ni memberi manfaat dan boleh jadi bekalan saya di akhirat

Doakan saya istiqomah & menjadi manusia yang memberi manfaat pada orang lain. InshaAllah
Thank you suamiku, anakku, Kakak, Bibik for the loves & support.

Jazakillah khair my beloved Ustazah Najiha & beautiful sisters 🤍
Sayang semua dunia akhirat!

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِك
“Wahai Rabb yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku pada agamaMu”

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*