Terlampau Penat Urus Anak & Rutin Kerja, Rupanya Ramai Mak-Mak Pilih ‘Me Time’ Dalam Kereta!

Ya, tepat sangat! Bila semua urusan pagi hari, lebih-lebih lagi selepas berjuang hantar anak ke sekolah, itulah masa mak-mak melepaskan penat lelah.

Tak perlu jauh-jauh, cukup hanya dalam kereta itu sudah memadai bagi seorang wanita bergelar ibu. Dapat melepaskan lelah dan berlama-lamaan dalam kereta dirasakan sudah cukup membahagiakan.

Ini yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif. Biarkan isteri kita melepaskan lelahnya. Beri dia masa.

Isteri saya ni bila dia penat sangat dia akan ‘bersembunyi’ dalam kereta. Kadang dia main handphone, kadang dia baca buku.

Dan saya akan biarkan je isteri saya di dalam kereta dan saya takkan ganggu dia sampai la dia keluar sendiri.

Sebab walaupun isteri saya ni nampak macam Extrovert tapi dia ada sisi Introvert dia. Semua orang pun macam tu sebenarnya.

Tak ada orang 100% introvert dan 100% extrovert. Benda ni spektrum sebenarnya.

Jadi saya akan biarkan je isteri saya bersendirian jika itu yang dia perlukan untuk recharge kembali diri dia setelah penat bergelumang dengan anak anak seharian. Sesekali..

Berikanlah ruang pada pasanganmu untuk berehat. Berikan juga ruang untuk mereka bersendirian.

Masa seorang manusia ada 5 bahagian sebenarnya :
1. Masa untuk agama dan Pencipta
2. Masa untuk orang ramai
3. Masa untuk anak dan keluarga
4. Masa untuk pasangan
5. Masa untuk diri sendiri

Jadi sesekali biarlah isteri dengan dirinya. Makin dia bahagia dengan dirinya, makin dia mudah bahagia dengan keluarga.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*